BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

assalamualaikum w.b.t

saya ada soalan ingin bertanya harap pihak tuan/puan dapat beri pencerahan supaya jelas

saya terkena / bersentuhan dengan anjing ( dipelihara untuk menjaga harta) setelah itu saya samak bahagian tubuh saya yang terkena anjing dan saya sertu pakaian yang terkena anjing..setelah disertu pakaian itu saya basuh seperti biasa.. setelah pakaian itu dibasuh dan dijemur kering, saya perasan masih ada bulu anjing yang terlekat pada pakaian sedangkan pakaian itu saya sudah pakai ketika solat. bagaimana kah hukumnya itu adakah solat saya sah? dan pakaian itu perlukah saya sertu semula?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

...الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan saudari,

1) Solat Anda Sah: Selagi bulu anjing tersebut kering dan tidak ada kesan najis basah, solat anda tetap sah. Tidak perlu mengulang solat.

2) Pakaian Tidak Perlu Disertu Semula: Cukup buang bulu anjing itu, melainkan anda yakin terdapat najis basah dari anjing pada pakaian tersebut.

Oleh itu, pakaian yang telah disertu dan dibasuh dengan bersungguh-sungguh serta telah melalui proses pembersihan yang telah ditetapkan oleh syarak adalah suci, apa yang tertinggal setelah dibasuh dengan sungguh-sungguh adalah dimaafkan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 62

message user image