BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum tuan mufti saya perlu mandi wajib tetapi dibahagian tapak kaki saya ada macam sedikit tompok hitam..saya sudah gosok dan kikis bahagian tersebut dengan sabun tapi masih tidak keluar..tetapi ia bukan minyak, cat atau liquid paper..nampak seperti tompok hitam kecil sahaja..bila saya lihat dengan dekat seakan tompok hitam itu seperti sudah bersatu dengan kulit saya..jadi soalan sah ke mandi wajib saya jika saya hanya meratakan air sahaja dibahagian tersebut walaupun tompok hitam kecil itu masih ada(saya sertakan imej gambar sekali)..terima kasih

https://drive.google.com/file/d/1FwyKoLxnrlLVWz3D_j1TXIOnDCJSfkeR/view?usp=drivesdk


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, Imam Ibnu Hajar al-Haitami menerangkan bahawa:

ولو بقيت بأعضاء الغسل شقوق فيها وسخ إن كان يمنع وصول الماء إلى البشرة لم يصح الغسل وإلا صح لأنه معفو عنه كالدهن الذي لا جرم له

Maksudnya: Sekiranya terdapat sesuatu yang melekat pada badan dan sukar untuk dihilangkan seperti cat yang sangat melekat atau kotoran yang sudah menyatu dengan kulit, maka perkara tersebut dimaafkan dan mandi tetap sah. (Rujuk kitab Tuhfah al-Muhtaj, Jil. 1, Ms. 289).

Berdasarkan keterangan saudara dan gambar yang disertakan, maka mandi wajib tersebut adalah sah setelah dilakukan usaha meratakan air dan mencuci pada kawasan tersebut pada kadar semampunya. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 66

message user image