Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum Ustadz,
Saya ada soalan berkaitan harta pusaka barang kemas sepeninggalan arwah emak, kami 4 beradik. Timbul permasalahan berkaitan melebur/mencairkan barang kemas arwah emak, nak dicairkan bagaimana dan dimana? Soalan emak menetap dinegara belanda dan kembali kerahmatullah disana juga. Bolehkan barang kemas Itu dicairkan di luar negara contoh di Malaysia atau di Singapura? Apakah hukumnya.
Mohon penjelasan dari Ustadz
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang dibangkitkan.
Barang kemas yang ditinggalkan oleh arwah ibu adalah harta pusaka yang perlu dibahagikan mengikut hukum faraid, kecuali jika ada persetujuan bersama antara semua waris untuk membahagikannya dengan cara tertentu. Barang kemas tersebut tidak boleh digunakan atau dijual tanpa persetujuan semua waris yang berhak. Oleh itu, dalam soal meleburkan atau mencairkan barang kemas milik arwah ibu adalah dibenarkan dengan syarat mendapat persetujuan sesama waris. Peleburan dan pencairan barang kemas tersebut tidak mensyaratkan sesuatu tempat yang khusus bahkan dimana sahaja ia dibenarkan, namun sebaliknya perkara yang perlu dipastikan adalah proses mencairkan barang kemas perlu dilakukan secara sah dengan mendapatkan persetujuan sesama waris serta perlu dipastikan nilai barang kemas itu diperoleh secara adil dan telus sesama waris.
Sekian, terima kasih.