BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Ustaz. Saya nak bertanya berkenaan perkara yang dilakukan didalam pekerjaan. Saya bekerja sebagai anggota bomba. Jabatan kami biasa menerima permohonan khidmat khas berbayar bersedia@standby pembakaran kertas (sembahyang cina). Wang bayaran tersebut akan di masukkan ke dalam akuan kewangan kerajaan. Kami biasa diarah untuk bersedia@stanby bersama kelengkapan untuk mengelakkan kebakaran besar berlaku semasa upacara membakar kertas di tokong atau tempat upacara sembahyang. Soalan saya, adakah halal duit bayaran yang diterima oleh kerajaan dan apakah hukum pekerjaan kami semasa bersedia@stanby di tokong atau tempat upacara sembahyang tersebut? 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Berdasarkan kepada pertanyaan dan situasi yang berlaku:

  1. Penerimaan duit tersebut adalah halal kerana ia dilakukan atas dasar perkhidmatan profesional sebagai Bomba, Bomba bertanggungjawab memastikan keselamatan daripada berlakunya kebakaran daripada aktiviti keagamaan tersebut, ia juga tidak melibatkan pengiktirafan atau redha terhadap unsur keagamaan tersebut.

  2. Hukum bekerja adalah harus dengan syarat anggota bomba:
    • Tidak terlibat secara langsung dalam ritual agama mereka.
    • Memastikan niat dan peranan adalah untuk menjaga keselamatan, bukan membantu ritual.

Pekerjaan tersebut boleh dikategorikan sebagai maslahah umum yang bertujuan menjaga keselamatan nyawa dan harta benda, selaras dengan maqasid syariah.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 87

message user image