Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum,
Saya ada beberapa soalan yang berbeza:
1. Saya ada lihat sesetengah pasar yang menjual ikan kembung yang telah direbus tetapi kembung itu tidak dibuang isi perut dan insangnya. Setahu saya, isi perut tidak boleh dimakan kerana ia merupakan sesuatu yang jijik dan kotor. Jadi sekiranya kita buang isi perut dan insangnya dan basuh terlebih dahulu, adakah boleh untuk kita makan ikan kembung rebus itu sedangkan ia telah direbus terlebih dahulu bersama dengan isi perutnya?
2. Apakah hukum kita bermain permainan video yang menggalakkan kita menipu rakan2 ketika dalam permainan untuk mengelakkan kita disingkirkan? (Seperti permainan mafia/among us/dan seumpamanya)
3. Streaming platfrom seperti youtube, twitch dan lain2 selalu memainkan bermacam-macam iklan. Saya pernah melihat salah satu platform tersebut memainkan iklan arak, tetapi sekarang saya dah tak lihat dah iklan itu. Jadi apakah hukum sekiranya kita menggunakan platform tersebut untuk menjana pendapatan( melalui subscription dan view daripada penonton, iklan yang dimainkan ketika kita sedang live, dan sebagainya?
Mohon penjelasan Tuan. Terima kasih.
Assalamualaikum w.b.t.
Jawapan
Bagi menjawab soalan yang diajukan:
1. Ikan rebus yang tidak dibuang najisnya adalah bernajis kerana telah bercampur dengan sesuatu yang bernajis ketika ia direbus.
2. Pada asalnya hukum bermain game adalah harus selagi tiada unsur yang haram. Bermain game yang ada unsur penipuan adalah dilarang kerana bertentangan dengan prinsip Islam. Firman Allah SWT dalam Surah al-Hajj ayat 30:
Maksudnya: Serta jauhilah perkataan yang dusta.
3. Menggunakan sesuatu platform untuk menjana pendapatan melalui iklan berbayar atau adsense adalah diharuskan selagi iklan tersebut berkaitan perkara yang dibenarkan syarak. Menjana pendapatan daripada iklan yang berkaitan dengan perkara haram seperti iklan arak dan judi adalah diharamkan.
Sekian, terima kasih.