BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, saya mahu bertanya mengenai was was. Saya selalu berasa was was yang teruk melibatkan najis air kencing tidak kira semasa solat atau di luar solat. Untuk melawan was was saya, saya menyakinkan diri bahawasanya tiada air kencing yang keluar jika tiada rasa "tajam" atau rasa seperti air yang keluar daripada kemaluan. 

Walaubagainanapun, saya menghadapi was was mengenai rasa Sejuk (seperti ada air atau rasa air mengalir) di "testical" Dan juga bahagian bawah batang zakar saya (di bahagian yang jika kita berdiri Dan melihat batang zakar tetapi di bahagian bawah batang zakar yang tidak boleh dilihat ketika berdiri).

Saya risaukan jika benar ada air yang meleleh/mengalir di bahagian bawah batang zakar Dan "testical" itu adalah air kencing yang berjaya keluar daripada kemaluan. Saya gusarkan perkara ini kerana kadang kala ketika membuang air Besar (dalam keadaan mencangkung), saya dapat lihat air kencing yang keluar tetapi tidak memancut, cuma keluar perlahan dan ianya meleleh lalu menitis daripada bahagian hujung "testical" ke jamban. Saya risaukan perkara sama terjadi kerana perasaan ini sering terjadi ketika di luar bilik air seperti sewaktu sedang solat, di bilik peperiksaan atau ketika baring hendak berehat menyebabkan tanpa sedar najis menyebar Dan mungkin mengotorkan pakaian orang yang yang menggunakan peralatan yang sama seperti kerusi di bilik peperiksaan atau sofa di rumah (saya sering Kali baring di atas sofa di ruang tamu)

Mohon pendapat daripada pihak tuan. Terima kasih. Assalamualaikum WBT.


message user image

Jawapan  

 وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد 

Bersuci itu wajib apabila diyakini sesuatu tempat itu terdapatnya najis dari segi ainnya, warna atau bau. Penyucian ke atas tempat-tempat yang diyakini terkena najis itu dilakukan apabila najisnya jelas kelihatan seperti tahi, air kencing atau selainnya sehingga hilang bau, rasa dan warna. 

Merujuk kepada persoalan tuan, Islam menghukum berdasarkan sesuatu yang jelas sahaja. Sehubungan itu, jika najis sekadar andaian atau rasa-rasa, maka ia tidak menjadikan sesuatu menjadi bernajis. Ini berdasarkan kepada kaedah fiqh menyatakan: 

اليقين لا يزول بالشك 

Maksudnya: Keyakinan tidak dapat dihapuskan atau dihilangkan dengan sebab keraguan.

Ini kerana pada asalnya, sesuatu itu suci dan tidak bernajis sehingga dibuktikan jelas terdapat najis disertakan dengan salah satu sifatnya iaitu bau, rasa atau warna. Apabila tuan telah membersihkan kemaluan sejurus selesai membuang air kecil, maka telah bersih dan suci anggota tersebut. Oleh itu, tidak timbul lagi najis masih wujud pada anggota tersebut. Jika sekadar terasa atau andaian, maka ianya kekal suci.

Berusahalah untuk menghilangkan atau menjauhkan diri daripada rasa was-was dengan perbanyakkan istighfar kepada Allah SWT. Ini adalah kerana dikhuatiri akan terus dipermain-mainkan oleh syaitan sehingga menyusahkan kehidupan sekiranya tidak diatasi dengan sebaiknya. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 67

message user image