BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,

Pertanyaan berkenaan pengurusan wang khairat kematian.

Bolehkan pihak yang menguruskan wang khairat kematian memggunakan wang tersebut bagi tujuan bantuan kebajikan asnaf dan sebagainya selain daripada urusan kematian?

 

Mohon pencerahan


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang dikemukakan :

\Wang khairat kematian diwujudkan dengan tujuan yang khas dan ditentukan penggunaannya. Penggunaanya tidak termasuk kebajikan asnaf dan sebagainya selain daripada urusan kematian. Oleh itu wang khairat kematian tidak boleh digunakan untuk tujuan selain daripada urusan kematian.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 82

message user image