BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Salam, saya nak tanya, apa hukum membuat eyebrow bleaching pada bahagian bulu kening yang hendak di lunturkan sahaja dengan niat kecantikan?


message user image

Jawapan  

.وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

.الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه اجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, bleaching adalah suatu kaedah penggunaan bahan bertentu (kimia) untuk melunturkan warna asal rambut atau bulu seperti kening. Ianya berfungsi untuk memudarkan warna rambut atau bulu yang boleh menyebabkan kerosakan rambut juga sakit kulit. Oleh itu, hukum bleaching rambut atau bulu kening dengan tujuan kecantikan adalah dilarang dalam Islam kerana boleh mendatangkan kemudharatan pada rambut atau kulit.  

.والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 481

message user image