BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum yang berbahagia ustaz,adakah solat boleh terbatal jika anak kecil( yang terberak dalam pampers) itu datang dan bergayut belakang badan kita terutama ketika kita sujud yang mana kita tahu dengan aroma bau yakkk tersebut adalah datang dari pampers anak kecil itu,kita pon terus solat macam biasa dalam keadaan anak kecil terus bergayut dan kita pun yakin pampers anak kecil tidak bocor(menurut kebiasaan pampers yg dipakai itu).

Mohon pencerahan dari yang berbahagia ustaz.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

...الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan yang diajukan, jika diketahui secara yakin bahawa pampers anak itu sudah bernajis, solat yang sedang ditunaikan tidak batal dengan sebab anak bergayut ke atas belakang badan ketika sedang solat. Hal ini kerana perkara tersebut adalah diluar daripada kawalan sendiri. Namun, hendaklah dengan segera menurunkan anak tersebut jika boleh melakukannya dan tidak memudaratkan anak tersebut. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 87

message user image