BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz...saya mahu bertanya 1) saya simbah air dan baru perasan ade tahi cicak...tapi saya x tahu dari mana dia datang...dan saya jirus tahi itu hingga kedalam tandas...adakah air yg dijirus itu najis? adakah saya perlu basuh semula semua lantai kerana air itu merebak. 2) Air yang ade sayap kelkatu dan serangga kecil najis ke?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

...الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Pada asasnya najis adalah sesuatu yang kotor dan ianya wajib dibersihkan dan disucikan. Ini berdasarkan kepada umum perintah Nabi SAW untuk membersihkan air kencing seorang badwi yang terdapat di masjid Nabawi. Hadis daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda:

وَأَهْرِيقُوا عَلَى بَوْلِهِ ذَنُوبًا مِنْ مَاءٍ أَوْ سَجْلًا مِنْ مَاءٍ فَإِنَّمَا بُعِثْتُمْ مُيَسِّرِينَ وَلَمْ تُبْعَثُوا مُعَسِّرِينَ

Maksudnya: Siramkanlah kencing tersebut dengan sebaldi air atau sebekas besar yang penuh dengan air. Sesungguhnya kalian diutuskan untuk memudahkan dan kalian tidak diutuskan untuk menyusahkan. (Riwayat al-Bukhari)

Merujuk kepada persoalan yang diajukan,

1) Seandainya air yang dijirus tersebut tidak berubah sifatnya serta tidak membawa kesan najis seperti bau, warna atau rasa, maka air itu bukan air mutanajis dan tidak perlu basuh semula lantai tersebut. Namun sekiranya air itu berubah sifatnya dengan terdapat kesan najis seperti bau, warna atau rasa, atau air itu bertakung, maka air itu menjadi air mutanajis. Oleh itu, perlu dibasuh tempat yang telah dilalui air jirusan tersebut.

2) Sayap kelkatu atau serangga kecil dalam air tidak menjadikan air itu bernajis. Air tersebut masih boleh digunakan seperti biasa untuk bersuci atau diminum, kecuali jika sifat air tersebut telah berubah samada dari sudut warna, bau dan rasa dengan sebab kejatuhan serangga tersebut dalam air.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 63

message user image