BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Asalamualaikum Ustaz. Setahun lepas, saya dan suami bertengkar. Suami ada berkata "awak pergilah balik rumah kakak awak. Saya malas nak fikir. Ikut awak lah nak buat apa". Ketika itu saya tidak mengetahui tentang lafaz kinayah. Sehingga hari ini barulah saya tahu mengenai lafaz kinayah. Saya bertanya kepada suami, adakah dia berniat menceraikan saya ketika itu? Tetapi dia sudah tidak ingat kejadian itu kerana sudah lebih setahun. Dia kata yang pasti dia tidak pernah sesekali berniat untuk menceraikan saya. Persoalannya, adakah talak tetap jatuh ke atas saya?  


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada dialog pertengkaran iaitu: "awak pergilah balik rumah kakak awak. Saya malas nak fikir. Ikut awak lah nak buat apa", ayat tersebut tidaklah menyebabkan jatuh talak ke atas isteri. Tambahan pula suami tidak pernah sesekali berniat untuk menceraikan puan sebagaimana puan nyatakan. Perkataan tersebut tidaklah dikategorikan sebagai lafaz kinayah. Kata-kata itu merupakan lontaran suami kepada isteri bahawa dia sudah tidak mahu ambil tahu apa yang isteri hendak buat. Ayat pasrah. Terpulanglah isteri hendak buat apa kerana suami sudah malas hendak melayan perkara tersebut. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 110

message user image