Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum tuan, saya harap tuan dapat jawab soalan saya. Saya merupakan seseorang yang mempunyau penyakit kencing tak lawas. Dan saya juga join persatuan Suksis iaitu persatuan polis bagi pelajar universiti. Jadi kami selalu menghadiri kem-kem dan sebagainya. Apabila menghadiri kem yang padat, saya tak mempunyai masa untuk mengikut segala ketetapan solat bagi orang yang kencing tak lawas seperti basuh kemaluan dahulu lalu balut dan sebagainya kerana kekangan masa.. saya mohong jalan penyelesaian daru tuan.. saya pernah terpikir untuk solat hormati waktu saja dan qadha apabila sudah balik daripada kem.. tapi terkadang sewaktu kem, kami solat bersama (solat jamak) dan saya (kencing tak lawas) tak boleh solat jamak sebab kena ganti wuduk bagi solat yang kedua..jadi saya xde masa untuk ke tandas pula lepas tu..
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan, mengikut panduan bersuci dan bersolat bagi pesakit yang telah dikeluarkan oleh JAKIM bagi pesakit yang sentiasa berhadas seperti kencing tidak lawas (سَلِسِ الْبَوْل) adalah dibolehkan bagi mereka menjamakkan antara dua solat namun tidak boleh diqasarkan melainkan ketika dalam musafir jika terdapat padanya kesukaran dan keuzuran dalam mengerjakan solat pada waktunya. Melakukan jamak (himpun) bagi solat-solat yang boleh dijamakkan (menurut Mazhab Hanbali dan pandangan pilihan sebahagian ulama Mazhab Syafi’i). Berikut adalah panduan menyucikan diri:
Sekian, terima kasih.