Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Saya nak bertanya, bagaimana ya hukum solat jumaat di surau jumaat, dimana jemaah akan melimpah sehingga diluar daripada pintu/ penghalang di surau. Kemudian, ketika solat dilakukan, pintu-pintu tersebut ditutup, dengan alasan nak jimat aircond. Tapi bagaimana hukum orang yang solat diluar pintu surau tersebut ? Adakah sah ? Kerana saya dengar pengajian feqah, ust kata x sah, sebab hukum surau x sama dengan masjid. Pintu perlu dibuka, sekira-kira jika makmum nak pergi ke imam, tiada halangan dengan cara jalan yang biasa, tanpa membelakangkan imam. Mohon penjelasan.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, berdasarkan Garis Panduan Solat Berjamaah Di Masjid, Bangunan Selain Masjid dan Tanah Lapang yang telah dikeluarkan oleh jabatan ini, salah satu syarat sah makmum yang solat di kawasan selain masjid ialah tidak dihalang melihat imam atau saf-saf di belakang imam (makmum) seperti pintu yang ditutup atau tirai yang dilabuhkan. Pintu lutsinar yang tidak menghalang penglihatan tidak perlu dibuka namun disyaratkan ia tidak dikunci.
Sekian, terima kasih.