BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Jika isteri meminta suami menceraikannya tapi suami jawab "tunggu dulu selepas ada anak". Adakah jatuh talak?


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلي أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan puan, jawapan suami "tunggu dulu selepas ada anak", bukanlah lafaz cerai dan tidak menyebabkan jatuh talak secara serta merta. Ayat tersebut berbentuk khabari (perkhabaran atau hasrat) suami. Maksudnya kalau nak bercerai tunggu selepas ada anak. Walau bagaimanapun jika sudah ada anak kelak, maka terpulang kepada suami sama ada ingin menceraikannya atau tidak.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 90

message user image