Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalammualaikum..
saya nak tanya berkenaan faraid.
situasi:
Saya (Farid) pemilik tanah, nak bina rumah melalui Pinjaman SPNB (Rumah Mesra Rakyat). Tapi saya guna nama Ibu saya sebagai permohonan dan penerima pinjaman. Dan nama Saya sebagai penjamin.
Kalau berlaku apa-apa kemudian hari kepada Ibu saya, adakah rumah yang terbina atas tanah saya itu perlu di Faraid kan..? sebab bayaran pinjaman, saya yang bayar tiap2 bulan. Dan rumah tersebut tiada nama dan terbina atas tanah saya. Saya hanya guna nama Ibu untuk mendapat kelulusan pinjaman SPNB.
syarat pinjaman SPNB: 1. pemohon mesti tiada rumah. 2. tanah saya mesti dicagarkan keatas nama SPNB sbgai jaminan hutang selama 15 tahun (RM55 ribu).
Harap ustaz dapat membantu.
terima kasih
Jawapan
Merujuk kepada persoalan yang diajukan, sekiranya berlaku kematian ke atas ibu, rumah tersebut tidak perlu difaraidkan kerana ia bukanlah harta ibu. Tuan hanya menggunakan nama ibu untuk pinjaman SPNB. Dalam erti kata lain, ibu tuan sebagai penama pinjaman tersebut.
Walau bagaimanapun, memandangkan tuan yang membayar hutang tersebut, dinasihatkan agar merekodkan pembayaran hutang SPNB tersebut dengan teratur sebagai bukti bahawa tuanlah pembayar pinjaman dan pemilik rumah tersebut bagi mengelakkan salah faham sesama ahli waris sekiranya ibu meninggal dunia.
Antara alternatif lain yang boleh dicadangkan adalah dengan
Jika perkara ini tidak diselesaikan secara rasmi dan teratur, terdapat risiko rumah itu dianggap sebahagian daripada harta ibu, terutama jika dokumen pinjaman atau rekod rasmi yang ada menunjukkan pemilikan ibu.
Sekian, terima kasih.