Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Saya Ingin Bertanya tentang Nazar ...
adakah bernazar untuk botak kan rambut sah dan wajib
atau tidak sah
Jawapan
Bernazar untuk membotakkan rambut adalah tidak sah dan tak wajib menunaikan nazar tersebut kerana ia bukan daripada perbuatan yang mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Sekian, terima kasih.