Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum,
1)Saya tinggal Di Terengganu. Bolehkah saya membayat kaffarah nazar ke ñegeri lain, contohnya, Selangor melalui sistem online seperti E-MAIS?
Untuk makluman, ñegeri Terengganu tiada kemudahan membayar kaffarah nazar samada manual atau online, manakala saya rasa Susah hati untuk mencari sendiri 10 orang miskin untuk diberi makan, dibimbangi tidak menepati syarat.
Sekian, terima kasih.
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan, secara umum tiada ketetapan khas menurut syarat mahupun undang-undang di dalam pembayaran kaffarah atau fidyah untuk dibayar atau diserahkan kepada fakir miskin di tempat tertentu, sama ada di tempat di mana dia tinggal atau sebagainya. Oleh itu, harus kepada pihak puan untuk membayar kaffarah di mana-mana negeri termasuk di negeri Selangor melalui E-MAIS. Membayar kaffarah melalui badan atau instirusi rasmi seperti Baitulmal MAIS adalah lebih meyakinkan bahawa bayaran yang diberikan akan disampaikan kepada mereka yang selayaknya.
Sekian, terima kasih.