BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

assalamualaikum,saya adalah orang yang tidak tinggal solat dari dulu,tetapi selama ini saya solat tanpa niat di dalam hati dan hanya niat dengan lafaz sahaja,adakah sah solat saya sebelum ini dan adakah perlu saya qada jika tidak sah?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, lafaz niat di bibir tidak secara automatik dianggap sebagai niat di dalam hati. Ini kerana niat adalah perbuatan hati iaitu keazaman yang jelas untuk melaksanakan suatu ibadah. 

Menurut mazhab al-Syafi’i, lafaz niat dengan menyebut di bibir (talafuz) adalah perkara yang disunatkan kerana ia dapat membantu seseorang menghadirkan niat dalam hati. Namun, sekiranya seseorang hanya melafazkan tanpa kehadiran niat di hati, maka niatnya tidak sah. Imam al-Nawawi menyatakan:

النية محلها القلب، ولا يُشترط النطق بها، وإنما استحب أصحابنا النطق بها؛ ليكون أبلغ في تحقيق النية

Maksudnya: Tempat niat adalah di hati dan tidak disyaratkan melafazkan niat. Para ulama Syafi‘i menyunatkan lafaz niat agar ia lebih membantu dalam memastikan kehadiran niat (di dalam hati).

Oleh itu, jika seseorang hanya melafazkan niat tanpa menghadirkan niat dalam hati, maka solatnya dianggap tidak sah. Ini kerana niat adalah rukun dan tanpanya, ibadah menjadi tidak sah. Seandainya perkara itu dilakukan dengan sebab kejahilan, maka ia dimaafkan. Bertaubatlah kepada Allah SWT dan berusahalah serta belajar untuk melakukan ibadah, khususnya solat dengan betul.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 67

message user image