Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalmualaikum, saya nak tanya, bulan lepas saya ada menyanyi lagu meet uncle husain dalam kereta, dalam lirik dia ada perkataan 'cukuplah sudahlah sampai di sini saja hubungan kita berdua'. Lepas saya habis menyanyi baru saya terfikir, takpe ke saya menyanyi lirik tu, tapi masa saya menyanyi tu memang saya tak fikir apa-apa. Saya musykil sama ada itu boleh jadi lafaz cerai ke tak sebab isteri saya ada di sebelah waktu tu, mohon pencerahan ya, terima kasih.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tersebut, lirik lagu yang dinyanyikan semasa dalam kereta tidaklah jadi lafaz cerai ke atas isteri. Ia hanya sekadar mengikut menyanyikan lagu sahaja. Tambahan pula, saudara tiada niat apa-apa semasa mendendangkan lagu tersebut.
Sekian, terima kasih.