Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum ustad,saya satu soalan berkenaan niat saya untuk membuat kenduri aruah utk ibu bapa saya dengan membeli seekor kambing disebalik itu ada yang mencadangkan untuk mengabungkan dengan alkikah anaknya..ataupun kongsi beli kambing buat aruah dan alkikah sekali..sekian soalan dari saya.
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan, secara umumnya menghadiahkan pahala bagi si mati dan aqiqah keduanya merupakan ibadah taqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah SWT. Namun begitu, terdapat perbezaan antara keduanya melalui tuntutan yang ada pada ibadah tersebut seperti melaksanakan aqiqah adalah sunat muakkad berbeza dengan amalan bersedekah pahala amal soleh untuk si mati. Bagi menjawab isu ini, tuan dinasihatkan untuk berniat akikah disamping meniatkan pahalanya sebagai sedekah kepada ibu bapa. Hal ini kerana akikah merupakan suatu ibadah khusus yang memerlukan kepada niat berbeza dengan sedekah biasa.
Walau bagaimanapun, jika tiada sebarang kesulitan dan kesukaran, maka lebih baik dan afdal melaksanakan ibadah tersebut dengan niat-niatnya yang tersendiri kerana perbuatan yang lebih banyak adalah lebih banyak pahalanya berdasarkan kaedah fiqh yang menyebutkan bahawa:
Maksudnya: Apa yang lebih banyak perbuatannya, maka lebih banyak pahalanya.
Sekian, terima kasih