BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum.. saya nak tanye berkenan kes saya.. suami saya mesej dengan perempuan lain dan mengaku "saya dah cerai" dan "anak2 ini bukan anak saya, anak saudara saya".. adakah sudah jatuh cerai??


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, pemakluman suami melalui mesej: "aku dah cerai", boleh dianggap sebagai pengakuan talak secara kinayah. Seandainya ketika suami membuat atau menghantar mesej tersebut dengan niat menceraikan isteri, maka talak boleh berlaku. Seandainya suami tidak berniat menceraikan isteri, maka talak tidak berlaku. Namun begitu, ia tetap berdosa kerana dikira sebagai berbohong atau menipu.

Untuk mendapat kepastian, sila berhubung dengan Pejabat Agama Islam Daerah atau Mahkamah Syariah terdekat sebagai pihak yang berbidangkuasa menentukan sah atau tidak suatu lafaz talak.  

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 102

message user image