BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalam. Saya ingin bertanya adakah jatuh talak sekiranya seorang suami hanya menyebut ' menceraikan isteriku ' tanpa menyebut 'aku' di permulaan lafaz. Saya harap pihak tuan/puan dpt menjawap soalan sata


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Menjawab pertanyaan tuan :

Ungkapan suami yang berbunyi: "menceraikan isteriku" tanpa menyebut "aku atau saya" adalah merupakan ayat atau lafaz yang tidak sempurna atau tergantung, walaubagaimanapun ia perlu kepada keterangan lanjut dari pihak suami, seandainya ada qarinah atau kaitan dengan lafaz atau perbuatan atau perbalahan antara suami isteri sebelum lafaz itu diungkapkan.  

Oleh yang demikian, pasangan tersebut adalah disyorkan untuk membuat pengesahan kepada pihak berkuasa iaitu Mahkamah Syariah dalam menentu serta mengesahkan samada berlaku talak atau sebaliknya.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 93

message user image