Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum, ada pertanyaan yang ungin diajukan, saya selalu terlintas lafaz-lafaz cerai didalam hati dan fikiran saya sehingga menyebabkan saya ingin menyebutnya dimulut, saya cuba melawan perkara tersebut tetapi ianya semakin kuat. Jadi disini saya ingin bertanya, ada jatuh talak sekiranya suami berkata lafaz cerai soreh dalam keadaan mulut tidak terbuka. Jadi disebabkan mulut tidak terbuka nenyebabkan perkataan yang ingin disebut tidak didengari dengan jelas. Saya harap pihak cik dapat menjawap soalan saya . Terima Kasih.
Jawapan
Merujuk kepada situasi yang dinyatakan, jelas sekali saudara sering terganggu dengan lintasan-lintasan yang ada dalam fikiran. Justeru, saudara perlu lebih berusaha agar perkara tersebut tidak berlaku dengan melakukan aktiviti-aktiviti lain antaranya:
Sekurang-kurangnya dengan menyibukkan diri, saudara tidak terfikir tentang lintasan tersebut.
Berkenaan lafaz cerai soreh dalam keadaan mulut tidak terbuka atau dalam hati, bagi keadaan ini selagi tidak dilafazkan secara lisan maka tidak jatuh hukum lagi. Hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah telah mengampuni umatku apa sahaja yang mereka fikirkan dalam diri mereka (iaitu hasrat buruk) selagimana mereka tidak melakukannya atau bercakap tentangnya (menyatakan hasrat itu).” (Riwayat al-Bukhari)
Sekian, terima kasih.