Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum.
Muka saya selalu ade jerawat, kadang keluar darah atau nanah.. jadi bila stop nya darah atau nanah keluar..darah atau nanah akan jadi beku. Lepastu bila sy amik wuduk atau basuh muka yg ade jerawat darah beku..adakah air basuhan muka tu najis? ia agak sulit untuk dielakkan. Dan selepas sy basuh muka dan lap muka sy yg ade jerawat darah beku menggunakan tuala. Adakah tuala itu najis? Terima kasih
Jawapan
Darah yang keluar daripada manusia adalah dikira sebagai najis. Kenajisan darah ini juga jelas disepakati oleh empat mazhab serta perlu dihilangkan. Namun begitu, seandainya darah itu sedikit pada adat seperti tompokan kecil sama ada pada badan atau pakaian, maka ia dimaafkan dan solat yang dilakukan adalah sah.
Oleh itu, merujuk kepada persoalan tuan, darah beku jerawat adalah tidak bernajis dan ianya kekal suci kerana jumlahnya yang sedikit. Air basuhan dan tuala tersebut adalah tidak bernajis.
Sekian, terima kasih.