Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Maha Penyayang
Asalammualaikum wbt
Berapakah tempoh edah bagi isteri yang haidnya tidak teratur dan diceraikan talak 3
sekian terima kasih
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudara, secara asasnya wanita yang masih ada kitaran haid, apabila diceraikan dengan talak raj’ i, maka tempoh `iddahnya ialah 3 kali suci (sebagaimana keputusan mahkamah). Walaupun haidnya tidak menentu, tetapi masih dapat mengetahui kebiasaan perjalanan darah haid.
Berlainan pula jika haidnya tidak menentu dan tidak mengetahui kebiasaan perjalanan haid atau tidak dapat membezakan antara darah haid dan istihadah, maka ‘iddahnya masih mengikut 3 kali suci kerana dia merupakan perempuan yang masih mempunyai darah haid. Kiraan tersebut perlu dirujuk kepada asatizah yang berkemahiran untuk membuat kiraan haid dan istihadah wanita tersebut sama ada melalui kiraan Tamyiz atau 'Adat.
Sekian, terima kasih