Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Apakah ucapan salam pada akhir solat yg betul? Ada sesetengah orang cuma berkata SALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAH, tanpa sebutan AS diawal salam tersebut. Adakah itu di bolehkan?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, terdapat 5 ucapan salam di akhir solat iaitu; 1. Mengucapkan “ السلام عليكم ورحمة الله وبركاته ” ketika menoleh kiri dan kanan. 2. Mengucapkan " السلام عليكم ورحمة الله وبركاته" ketika salam pertama, dan mengucapkan “السلام عليكم ورحمة الله ” ketika salam yang kedua. 3. Mengucapkan “السلام عليكم ورحمة الله ” ketika salam yang pertama dan kedua. 4. Mengucapkan “السلام عليكم ورحمة الله” pada salam yang pertama, dan mengucapkan “السلام عليكم” pada salam yang kedua. 5. Salam sekali dengan mengucapkan “السلام عليكم”. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.