BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualikum .. Saya nak bertanya pasal lafas talak . Saya sudah berkhawin selama 3tahun .. Pada awal perkhawinan saya merasakan pernah melafaskan lafas talak .. tapi sampai hari nih saya masih ragu-ragu lafas talak tersebut dan saya cuba mengingati ayat tersebut .. Kadang2 saya rasa macam tak pernah lafas .. Kadang2 macam pernah lafas .. Sampai harinih saya masih melawan ragu2 dan cuba mengingati lafas tersebut .. Apakah hukumnya ? .. Sampai sekarang hidup saya masih ragu2 dengan lafas talak .. Sampai saya sangat berhati2 ketika bercakap dengan isteri saya .. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada permasalahan yang dikemukakan, oleh kerana saudara ragu-ragu dan tidak ingat sama ada pernah lafaz talak atau tidak, maka ia dianggap tidak pernah berlaku dan kembali kepada asal iaitu tidak melafazkan apa-apa talak. Kaedah fiqh menyebut :

اليَقِين لَا يُزَالُ بِالشَّكّ

Maksudnya : Keyakinan tidak dihilangkan dengan syak (keraguan).  

Oleh itu, dalam keadaan tidak dapat dipastikan sama ada lafaz cerai pernah diucapkan atau tidak, maka talak tidak berlaku kerana itulah keadaan yang asal bagi seseorang.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 105

message user image