Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum tuan,
Selepas selesai solat, saya mengangkat tangan untuk berdoa. Bolehkah saya berdoa di dalam hati sahaja. Apakah lebih afdal saya menyebut permintaan saya dengan lisan. Yang mana satu Allah lebih suka? Memohon doa dengan lisan atau di lintaskan dalam hati? Walaubagaimana pun semua selawat2 dan doa2 dalam bahasa arab saya sebutnya secara lisan. Doa dalam hati ni khusus pada permintaan tertentu kerana saya merasakan lebih dekat dengan Allah bila minta dalam hati.
Jawapan
Doa juga boleh dikategorikan sebagai salah satu zikir kepada Allah SWT. Oleh itu, sebaik-baiknya adalah melafazkannya di mulut dan melintaskannya di dalam hati. Walaupun begitu, tiada masalah untuk berdoa dalam hati sahaja. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Sekian, terima kasih.