BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Saya telah bertadabbur Surah An Nur Ayat 55 dan 56. Dalam sesi bertadabbur tersebut penceramah telah membincangkan ehwal zakat pensapatan dan menyatakan bahawa zakat pendapatan tidak wajib dan tiada dalil yang mewajibkannya. Merujuk kepada sumber lain, didapati ada jabatan berkaitan agama Islam yang menyatakannya wajib tetapi tidak menyatakan dan menyandarkannya kepada mana-mana dalil yang berotoriti. Ia mengelirukan saya dari apa yang saya fahami sebelum ini. Mohon pihak tuan memberikan pencerahan untuk tindakan betul saya. Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Berkenaan dengan isu zakat pendapatan, secara asasnya isu ini berlaku perbezaan pandangan dalam kalangan ilmuwan. Tambahan pula ia adalah perbahasan kontemporari dan tidak dibahaskan dalam kitab-kitab klasik. Jabatan Mufti Negeri Selangor melalui mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah membuat fatwa:

- Hukum zakat pendapatan adalah wajib ke atas umat Islam.

- Semua umat Islam yang tinggal atau bekerja di negeri Selangor hendaklah membayar zakat pendapatan kepada Pusat Zakat Selangor.

Fatwa ini telah diwartakan pada 9 Mei 2002. https://www.muftiselangor.gov.my/2023/10/28/fatwa-tentang-zakat-pendapatan/

Sebagai orang awam, mengikut suatu keputusan fatwa terutama fatwa yang telah diwartakan adalah satu kemestian. Ini bertepatan dengan kaedah مذهب العامي مذهب مفتيه iaitu mazhab (pegangan) pegangan orang awam adalah mazhab muftinya. Tambahan pula fatwa ini diputuskan oleh perbincangan bersama pakar-pakar syarak dalam mesyuarat Jawatankuasa Fatwa.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

                                                                                                                           


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 74

message user image