Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum w.b.t
Apakah hukum pembahagian pusaka secara lisan, tanpa cukup saksi? Bolehkah dibahagikan secara faraid? Atok saya ada 5 anak, tetapi dikatakan tanah kebun sawit dihadiahkan kepada 2 anaknya sahaja (tanpa tukar geran/ saksi). Apabila atok meninggal, tanah tersebut diuruskan oleh nenek & nenek mengamanahkan tanah kebun tersebut untuk dikongsi 5 anaknya ( semua anak maklum & akur). Nenek meninggal pada 2008 & hasil kebun dibahagi 5 beradik hingga 2022. Selepas itu, hanya dibahagi kepada 2 beradik (katanya seperti wasiat Atok). Menjelang 2025 ni, penerima hasil kebun ni menyatakan bahawa 3 beradik lain itu telah makan hasil yang haram yang sepatutnya hak 2 orang itu sahaja.
Persoalannya:
1) Sah atau tidak wasiat lisan tanpa saksi?
2) Wajib atau tidak membayar semula amaun yang ditetapkan kepada penerima (2 orang) itu semua hasil yang pernah dibahagikan sejak 2008 itu?
Terima kasih, wassalam.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, rukun wasiat adalah seperti berikut;-
Dalam rukun wasiat tidak mewajibkan saksi sebagai satu rukun wasiat. Walau bagaimanapun, dalam soal sah atau tidak sesuatu wasiat, hendaklah pihak puan mendapatkan pengesahan wasiat di Mahkamah Syariah. Setelah pihak puan mendapatkan pengesahan di Mahkamah Syariah dan diputuskan wasiat itu sah, maka wang tersebut hendaklah diserahkan kepada orang yang berhak.
Sekian, terima kasih.