BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Salam, bolehkah kita memakai pakaian yang terkena anjing dalam keadaan kering untuk solat?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, jika anjing menyentuh pakaian seseorang dalam keadaan kering (contohnya bulunya terkena pakaian), menurut mazhab Syafi‘i, ia tidak dianggap sebagai najis kerana najis tidak berpindah kecuali melalui medium basah. Ini berdasarkan kaedah:

اليابس لا ينجس اليابس

Maksudnya: Sesuatu yang kering tidak menajiskan sesuatu yang kering yang lain.

Imam al-Nawawi menyatakan di dalam kitab  al-Majmu‘ bahawa:

إذا لاقى اليابس اليابس لا ينجس أحدهما الآخر، لأن النجاسة لا تنتقل إلا مع رطوبة

Maksudnya: Apabila sesuatu yang kering bersentuhan dengan yang kering, tidaklah salah satunya menajiskan yang lain, kerana najis tidak berpindah kecuali dengan adanya kelembapan.

Oleh itu, pakaian yang terkena anjing dalam keadaan kering boleh digunakan untuk solat tanpa perlu disucikan semula.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 54

message user image