BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalammualaikum..saya nak tanya adakah jatuh talak bila situasinya suami tengah lena tidur bila isteri dalam keadaan marah kejutkan suami lalu berlaku pertengkaran besar...keadaannya suami terlampau marah seperti orang yang tidak waras atas desakan isteri suruh ceraikannya dan suami sebut aku ceraikan kau 2 kali dalam satu nafas disebabkan terlampau marah...selepas itu suami pergi macam tiada apa yang berlaku sambung tidurnya...bila isteri suda reda kemarahannya lalu bertanya kepada suami pasal talak yang suami sebut...jawab suami mana dia ada lafaz talak...saya keliru..adakah sah talak?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, berdasarkan kenyataan puan, bahawa suami ada menyebut "aku ceraikan kau" semasa berlaku pergaduhan bersama puan selepas dikejutkan dari tidur. Namun, selepas keadaan menjadi reda, apabila suami ditanyakan mengenai lafaz talak yang diucapkannya, dia mengatakan tidak mengetahui atau mengingati perkara tersebut. Seandainya benar suami tidak mengetahui atau tidak mengingati perkara tersebut, maka talak tidak berlaku.

Untuk mendapat kepastian, puan boleh merujuk kepada Pejabat Agama Islam Daerah atau Mahkamah Syariah terdekat sebagai pihak yang berbidangkuasa menentukan sah atau tidak suatu lafaz talak.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 106

message user image