BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Ustaz/Ustazah. Saya ingin bertanya mengenai pembuangan tahi lalat dan skin tag di muka serta leher. Pada asalnya, wajah saya tiada masalah kulit berkenaan. Namun, setelah umur semakin meningkat, masalah-masalah ini mulai timbul. Tahi lalat serta skin tag ini tidaklah menimbulkan masalah keyakinan dalam penampilan diri saya, tetapi saya melihat, tahi lalat serta skin tag saya semakin membesar. Adakah haram bagi saya untuk membuang tahi lalat serta skin tag pada wajah saya? Mohon pencerahan.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته 

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan puan, 

Berdasarkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor (MJKFNS) kali ke-3/2015 yang bersidang pada 11 Ogos 2015 bersamaan 26 Syawwal 1436H, berkenaan hukum menjalani rawatan estetik dan pembedahan plastik di sisi Islam, memutuskan bahawa: Harus menjalani rawatan estetik dan pembedahan plastik di sisi Islam dengan syarat tiada kemudharatan kepada kesihatan dan tidak merubah ciptaan Allah. Rujuk https://www.muftiselangor.gov.my/2023/10/26/hukum-menjalani-rawatan-estetik-dan-pembedahan-plastik-di-sisi-islam/

Oleh itu, harus bagi puan menjalani rawatan perubatan pembuangan tahi lalat dan skin tag di muka serta leher. Puan juga dinasihatkan untuk merujuk pakar perubatan agar tidak berlaku kemudaratan atau komplikasi lain.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 122

message user image