Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum..
selamat malam ustaz , saya ingin bertanya..
Arwah bapa saya merupakan penerima Bantuan .. & Bapa saya telah meninggal dunia pada bulan julai lepas..
Kini bantuan atas nama beliau masih di terima..
Soalan saya , adakah duit bantuan yang di terima tu hak arwah bapa saya ? & bolehkah sekiranya waris menggunakan duit bantuan tersebut?
Jawapan
Semoga sihat sentiasa. Kami mengambil maklum terhadap persoalan yang telah dibangkitkan.
Secara asasnya, apabila seseorang penerima bantuan meninggal dunia, maka akan terhenti haknya untuk menerima bantuan tersebut. Sekiranya bantuan tersebut masih diterima selepas kematian si mati, maka perkara ini perlu dirujuk kepada pihak yang menguruskan bantuan tersebut untuk memastikan sama ada wang itu boleh dianggap milik waris atau perlu dipulangkan semula.
Justeru dalam hal ini, perlu dipastikan terlebih dahulu status dan polisi semasa berkenaan bantuan tersebut. Seandainya bantuan itu menjadi milik waris maka perlu ditentukan siapakah yang berhak menerimanya. Namun sekiranya ia perlu dipulangkan, maka waris tidak dibenarkan menggunakan bantuan tersebut.
Sekian, terima kasih.