Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Saya suami, mempunyai kemusykilan. Saya berasa hati dengan isteri terlalu lama sampaikan saya rasa penceraian itu adalah lebih baik. Tetapi saya tidak sampai hati nak meninggalkan isteri sebab dia baik. Saya kerap berdoa , sekiranya ada jodoh yang terbaik buat nya, pisahkanlah kami. Dan ada sekali tu saya duduk seorang diri, saya dengan tidak sengaja bercakap sendiri dan oleh sebab terlalu kerap berdoa sedemikian secara tak langsung dan atas perbalahan yg berlaku sebelum ini makanya telah lahir dan wujud bibit-bibit niat untuk bercerai itu dan saya bercakap sendirian begini --> . "ceraikanlah aku dengan isteri ku Ya Allah".
Kemudian saya tersedar dan saya beristighfar.
Sebelum-sebelum ini kami ada berbincang mengenai perkara ini, tetapi kami tidak majukan ke bahagian Pejabat Syariah dan piilih untuk berdiam diri. Sebelum-sebelum ini jugak , ketika marah, ada jugak saya menyebut kalau dah tak nak ... pergi lah!.
Jadi mengikut situasi diatas, apakah saya telah jatuhkan talak terhadap isteri saya baik dalam doa, atau ketika bercakap sendirian dengan binit-bibit niat itu atau pun dengan keadaan sewaktu marah.
bole bantu saya?
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.
Jawapan
Merujuk kepada situasi yang dinyatakan, oleh kerana telah berlaku perbalahan, doa dan tanda-tanda ke arah perceraian, sebaiknya perkara ini hendaklah dikemukakan terus ke Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran untuk diselesaikan. Jika dari sehari ke sehari memendam rasa dan memikirkan perkara ini tanpa kesudahannya, alangkan baik ia dapat diselesaikan dengan cara yang sewajarnya dan saudara tidak lagi rungsing memikirkannya. Jika masalah tersebut dapat diselesaikan, hati juga akan menjadi tenang. Seterusnya kehidupan boleh diteruskan dengan lebih baik di masa akan datang.
Sekian, terima kasih.