BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, 7 tahun yang lepas saya telah mengerjakan umrah. Ketika tawaf, saya telah tersentuh tangan dengan seorang lelaki dan secara tiba-tiba syahwat saya naik tanpa sengaja. Saya terus menyambung tawaf, bersaie dan bertahalul. Adakah saya masih berada di dalam ihram? Jika ya, bagaimanakah prosedur untuk keluar dari ihram?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Buku Fiqh Haji Kontemporari ada menjelaskan berkenaan syahwat yang membatalkan wuduk yang dibahagikan situasi kepada sentuhan tanpa lapik dan sentuhan berlapik. Takrif syahwat ialah keinginan atau kerinduan nafsu terhadap sesuatu. Dari segi istilah syahwat ialah gelojak nafsu kepada sesuatu yang diingini yang tidak dapat ditahan-tahan. Merujuk kepada persoalan dan panggilan telefon puan, puan berada dalam situasi sentuhan tanpa lapik, yang mana keputusan Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan 2005 dan 2014 telah memutuskan bahawa:

  1. Dalam keadaan bersyahwat serta berlaku kembang (intisyar) pada kemaluan, wuduknya batal dan jika berada dalam ihram, hukumnya berdosa serta wajib membayar dam. 

  2. Dalam keadaan syahwat yang kuat tetapi tidak berlaku intisyar, wuduknya tetap batal dan jika berada di dalam ihram hukumnya berdosa serta wajib membayar dam.

  3. Hanya lintasan perasaan syahwat yang datang secara tiba-tiba tanpa berlaku intisyar, tanpa ada qasad untuk bersedap-sedapan dan dengan segera mengelakkan dari sentuhan tersebut, tidak batal wuduk serta tidak dikenakan dam jika berada di dalam ihram.

  4. Bersentuhan antara sesama perempuan dan antara sesama lelaki jika beserta dengan syahwat yang kuat, batal wuduknya jika keluar sesuatu (wadi atau mazi) dari kemaluan serta berdosa hukumnya. Jika kedua-duanya berada di dalam ihram hukumnya berdosa, wajib kedua-duanya membayar dam. 

Berdasarkan kepada huraian di atas, wuduk puan terbatal semasa tawaf pada umrah pertama. Disebabkan puan ada melakukan umrah kali kedua dan ketiga, maka umrah tersebut telah menggantikan umrah pertama yang terbatal tersebut. Namun begitu, puan tetap kena membayar dam kerana melanggar larangan ihram iaitu umrah pertama tidak sempurna. Dam yang dikenakan adalah binatang berkaki empat (unta/ lembu/ kambing) atau gantinya daripada makanan atau puasa.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih. 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 80

message user image