BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan pertama , saya  mempunyai kemuskilan dimana ada yg mengatakan ayah tiri tidak wajib memberi makan kepada anak yatim? 

Soalan kedua , saya mempunyai ayah tiri tapi ayah tiri saya tidak membayar bil api, bil air, tidak membeli  barang dapur tetapi ayah tiri saya duduk rumah yg sama dan mkn hasil duit ibu saya.. ibarat ayah tiri saya tidak ambik tahu keadaan rumah


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, di dalam Islam, pemberian nafkah kepada anak-anak merupakan tanggungjawab ayah kandung walaupun setelah bercerai dan ia tidak menjadi tanggungjawab bagi ayah tiri. Walau bagaimanapun, atas dasar insani, ayah tiri boleh juga mengambil berat urusan harian anak-anak tirinya sebagai salah satu bentuk kebaikan dan kebajikan.

Manakala, merujuk kenyataan berkaitan ayah tiri memakan duit hasil kerja ibu dan lain-lain, didapati bahawa perkara sebegini adalah tidak bertepatan dengan syariat Islam kerana seorang suami wajib mencari dan memberi nafkah kepada isteri selagi mana sihat dan waras. Tanggungjawab mencari sumber pendapatan, membeli barang dapur dan lain-lain nafkah asas perlu digalas oleh seorang suami. Justeru, disarankan agar dinasihati ayah tiri dengan cara yang berhikmah agar tidak menimbulkan ketidakharmonian dalam keluarga pada masa akan datang.  

والله أعلم بالصواب

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 53

message user image