BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum.

Saya ingin bertanyakan tentang haid wanita.

Pada hari kebiasaan, kadang kala wanita mempunyai cairan yang keluar daripada farajnya, yang dikenali sebagai massalah keputihan ( kuning cair , jika terkena air, warna akan bertukar seakan warna cream putih seperti cheese cottage )

Tapi adakah ia dikira sebahagian daripada haid, sekiranya keputihan keluar dalam tempoh 15 hari haid?

Sebagai contoh :

Hari 1-7 : keluar darah berwarna cokelat gelap & kemudian merah gelap & kemudian merah terang & kemudian berwanrna cokelat gelap

Hari 7-8 : tiada cairan keluar

Hari 8 : keluar cairan seperti masaalah keputihan ( kuning cair , jika terkena air, warna akan bertukar seakan warna cream putih seperti cheese cottage )

Hari 9 : keluar cairan seperti cokelat gelap ( jika terkena air, tidak seperti cheese cottage )

 

Persoalan :

1. Bagaimanakah hendak menentukan , boleh atau tidak untuk mandi wajib, sekiranya terjadi perkara seperti diatas?

2. Jika perlu tunggu tempoh suci 24 jam, bagaimanakah apakah yang dimaksudkan tempoh masa 24 jam tersebut? ( sebagai contoh, perlu kira darah keluar setiap jam atau bagaimana )

 

Terima kasih atas pencerahan.

 

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Untuk mengenali darah haid, ia boleh dipastikan dengan mengetahui sifat-sifat darah melalui warna darah (hitam, merah, perang, kuning dan keruh), darah pekat atau cair dan darah berbau kuat dan kurang baunya. Jika warna-warna tersebut keluar dalam tempoh tidak melebihi tempoh maksimum haid 15 hari 15 malam, maka ia masih dianggap sebagai darah haid. Berdasarkan kepada persoalan:

  1. Untuk menentukan boleh mandi wajib atau tidak, seseorang wanita boleh membuat kepastian dengan menggunakan kapas untuk melihat adakah masih terdapat kesan darah pada kapas atau tidak. Sekiranya berlaku fatrah iaitu situasi darah tidak mengalir keluar, akan tetapi darah masih dalam faraj, ia masih dianggap dalam haid. Sebaliknya apabila diyakini darah telah berhenti dan tiada kesan darah pada kapas hendaklah dia mandi wajib dan menunaikan ibadah solat. Kemudian cecair putih yang keluar setelah diyakini telah habis haid merupakan keputihan yang bukan dikategorikan sebagai darah haid. Darah coklat gelap yang keluar pada kemudian hari berikutnya masih dianggap haid berdasarkan sifatnya dan ia masih dalam tempoh maksimum haid.

  2. Suatu darah itu dihukum darah haid apabila cukup kadar minimum iaitu keluar darah selama 24 jam. Pengiraan tempoh 24 jam itu terbahagi kepada dua iaitu: (1) darah keluar berterusan bermula pada waktu darah keluar sehingga cukup sehari semalam iaitu 24 jam dihukumkan haid; (2) Darah keluar secara terputus-putus iaitu gabungkan keseluruhan jam keluar darah dalam tempoh 15 hari. sekiranya keseluruhan mencukupi 24 jam, ia dihukumkan haid, jika tidak mencukupi 24 jam ia dihukumkan sebagai darah istihadhah. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 78

message user image