Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Saya tahu ada makanan dari jepun mengandungi lemak babi. Adakah berdosa jika saya tidak memberitahu orang lain berkenaan status makanan itu?
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan, memaklumkan kepada seseorang mengenai status halal makanan yang diyakini mengandungi ramuan tidak halal seperti lemak babi adalah wajib.
Wajib memaklumkan kepada individu lain yang tidak mengetahui status kehalalan makanan tersebut daripada memakannya tanpa sengaja. Ini berdasarkan konsep amar ma’ruf nahi munkar menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran) yang diwajibkan dalam Islam.
Adalah berdosa jika kita mendiamkan diri dari memaklumkan perkara sebenar walau pelbagai kemungkinan yang terpaksa dihadapi dengan tindakan ini. Tindakan pencegahan demi menyelamatkan orang lain daripada terlibat dengan perkara yang haram adalah menjadi keutamaan. Dinasihatkan agar pemakluman ini dilakukan dengan penuh hikmah dan tidak menimbulkan fitnah sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah al-Nahl ayat 125:
Maksudnya: Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik.
Moga Allah SWT memberi ganjaran atas usaha kita menjaga kebaikan dan ketakwaan.
Sekian, terima kasih.