BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

assalamualaikum wbt. saya ingin bertanya, adakah duit simpanan kecemasan sebanyak 6 bln gaji di kenekan zakat? kerana duit itu sentiasa keluar dan masuk untuk menampung waktu kecemasan?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, syarat yang diletakkan oleh fuqaha' dalam menentukan wang simpanan itu dikenakan zakat adalah cukupnya nisab dan haul pada awal dan hujung tahun. Menurut lembaga zakat selangor (LZS) nisab terkini yang telah diletakkan mestilah mencukupi RM 27,696.00 pada awal permulaan simpanan dan berkekalan jumlah simpanan itu sehingga berlalunya setahun (Haul). Justeru, jika berlaku pengurangan jumlah (nisab) pada pertengahan tahun (haul) adalah tidak menjejaskan kewajipan mengeluarkan zakat kerana ianya dikira pada akhir tahun simpanan. Jika berlaku pengurangan jumlah (nisab) dan keadaan tersebut berkekalan sehingga akhir tahun, maka tidak diwajibkan zakat daripada jumlah wang simpanan tersebut. Segala permasalahan berkaitan dengan pengurusan bagi zakat simpanan boleh dirujuk kepada badan yang berautoriti dalam masalah ini iaitu Lembaga Zakat Selangor (LZS). 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 135

message user image