Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum ustaz ,saya ada 2 soalan..soalan pertama adakah benar jikalau golongan muhajirin tidak diampunkan dosanya walaupun telah bertaubat? Untuk soalan ke 2 pula,saya telah membuat tuntutan claim (minyak) kereta sedangkan saya naik moto,untuk itu kadar minyak kereta dan motor adalah berbeza sebanyak 10 sen,saya dah bertaubat ustaz tidak lagi mahu membuat perkara sedemikian..jadi saya hendak pulangkan balik kepada siapa duit ini (Saya kerja di Jabatan) yang saya claim lebih ini akan tetapi untuk kadar claim moto saya boleh ambil kan.Cuma untuk kadar claim kereta saja yang saya kena bagi kan ustaz? 0.20 sen motor/0.30 sen kereta per km.
Sekian terima kasih ustaz.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan, Allah SWT telah berfirman di dalam Surah an-Nisa' ayat 29:
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil.
langkah untuk bertaubat dari melakukan dosa adalah satu perkara yang wajib dan dipuji. Bahkan itu yang diajar oleh Allah SWT dalam Surah al-Tahrim ayat 8:
Maksud: Wahai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kamu kepada Allah dengan 'Taubat Nasuha'. Mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan Nabi dan orang-orang mukmin yang bersama dia, sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan: "Wahai Tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami; Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu".
Namun begitu, harus diketahui dosa diantara manusia terhapus hanya dengan meminta kemaafan daripada manusia yang dizalami itu. Oleh yang demikian, wajarlah tuan berjumpa dengan pihak majikan untuk menyelesaikan isu ini sesuai dengan peraturan yang terpakai dengan jabatan tersebut dan bayarlah berlandaskan kiraan lebihan tuntutan yang dibuat. Jika pihak Jabatan tidak boleh menerima wang tersebut, maka bayarlah ke Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri sebagai Wang Tidak Patuh Syariah. Sewajarnya berhati-hatilah dengan tingkah laku kita yang hanya untung 10 sen tetapi membawa kepada natijah dosa berpanjangan dan ditakuti kita ‘muflis’ di akhirat kelak.
Sekian, terima kasih.