BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum...Apakah hukum membangunkan tapak masjid lama (kini kosong hanya di pagar keliling) kepada binaan baru contoh dewan serbaguna yang akan digunakan untuk majlis walimatulurus? Sejarah tapak masjid tersebut adalah hasil teroka orang kampung beramai ramai dan dibangunkan binaan masjid sejak sebelum merdeka. Jika boleh dibangunkan, mohon berikan SOP jika memerlukan kebenaran dari pihak Jabatan Mufti atau yang berkenaan. Terima kasih.


message user image

Jawapan  

عليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Masjid hendaklah dibina di atas tanah yang diwakafkan sebagai masjid diberkati dalam Islam. Status wakaf masjid tersebut akan berkekalan selama-lamanya dan wajib dijaga kemuliaan dan kesuciannya walaupun masjid sudah dirobohkan. Sekiranya terdapat keperluan untuk menggunakan tapak tersebut bagi tujuan selain masjid, maka perlu dilaksanakan proses wakaf istibdal iaitu menggantikan tapak wakaf masjid tersebut dengan tempat lain yang memiliki nilai yang samam atau lebih.

Walau bagaimanapun, proses tersebut hendaklah melalui kebenaran bertulis kepada pihak berkuasa agama Islam.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 69

message user image