Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
assalamualaikum hadirnya saya disini dengan bertujuan untuk bertanya mengenai jarak antara saf dengan saf yang ditetapkan bagi membina surau di rumah
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudara, ukuran praktikal berkaitan jarak antara saf dengan saf adalah sekitar 2.5 hingga 4 kaki yang mana ianya adalah jarak standard yang membolehkan seseorang bersujud dengan selesa tanpa menyentuh jemaah di saf depan. Ukuran ini juga bergantung kepada saiz badan individu dan ruang surau.
Sekian, terima kasih.