BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum..saya DH bercerai setahun lebih, Masa masih dlm eddah...bekas suami ada datang rumah dan ajak bersetubuh...semasa bersetubuh, dia tidak ada cakap pun nak rujuk dengan saya...baru² ni saya ada kenal seorang lelaki...lelaki tu ajak saya berkahwin, disebabkan saya risau perbuatan saya dengan bekas suami dulu...saya masih ragu² status perkahwinan saya skrg ni, baru2 ni saya teringat..saya tanya bekas suami saya semula...masa kami bersetubuh dulu..dia ada niat tak nak rujuk...dia jawab ada niat...tapi masa tu dia X tanya saya setuju ke tidak...


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan puan, dalam mazhab Shafi’i melakukan persetubuhan dalam tempoh iddah adalah haram. Suami juga diharamkan berseronok-seronok dengan bekas isterinya yang ditalak raj’ie sebelum dirujuk. Jika suami ingin merujuk kembali isteri, mestilah dengan lafaz rujuk, bukannya dengan mengajak melakukan persetubuhan sahaja. Mereka yang telah melakukan kesalahan tersebut hendaklah segera bertaubat. 

Harus bagi suami merujuk isterinya yang telah diceraikan dengan talak satu atau dua walaupun tanpa izin (kerelaan) isterinya, kerana tidak disyaratkan kerelaannya. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 228;

وَبُعُولَتُهُنَّ أَحَقُّ بِرَدِّهِنَّ فِي ذَٰلِكَ إِنْ أَرَادُوا إِصْلَاحًا ۚ

Maksudnya : “Dan suami-suaminya berhak merujuknya dalam masa menanti itu, jika mereka (para suami) menghendaki islah (kebaikan)”.

Setelah suami melafazkan rujuk kepada isteri, mereka hendaklah mendaftarkan rujuk mereka di Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran tempat tinggalnya. Kemudian pihak Pejabat Agama akan mengeluarkan Sijil Perakuan Rujuk kepada pasangan sebagai pembuktian bahawa mereka telah sah rujuk. Justeru, puan hendaklah mengemukakan perkara ini kepada pihak Pejabat Agama untuk penjelasan selanjutnya. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 73

message user image