BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Apakah hukum menggantungkan langsir bercorak "dreamcatcher" sebagai hiasan dinding di rumah. Terima kasih. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, perhiasan dreamcatcher merupakan salah satu corak yang cantik dan dilihat mampu menarik minat pencinta perhiasan untuk menjadikannya sebagai perhiasan kediaman termasuklah bilik tidur.  Masyarakat asli Ojibwe khususnya di  Amerika  mempercayai bahawa hiasan  dreamcather ini dapat menghalang mimpi buruk dan membiarkan mimpi baik masuk ke rumah. Secara jelasnya, ia dikaitkan dengan kepercayaan spiritual/ anutan tertentu dalam budaya masyarakat tersebut.

Bagi kita sebagai orang Islam, jika pemasangan langsir tersebut digunakan semata-mata dengan niat hiasan seni dan tidak dikaitkan dengan sesuatu  kepercayaan, maka hukumnya adalah harus. Akan tetapi, sekiranya pemasangan tersebut dengan niat mempercayai suatu kuasa tertentu, maka ia adalah diharamkan dan boleh menyebabkan kita mensyirikkan Allah SWT.

Walaupun tiada niat untuk mensyirikkan, pemasangan ini boleh  menimbulkan salah faham yang wajar dielakkan. Disarankan untuk memilih alternatif corak lain yang tidak berkait dengan simbol kepercayaan tertentu dan meninggalkan perkara yang boleh menimbulkan keraguan. Sabda Nabi SAW:

دَعْ مَا يَرِيبُكَ إِلَى مَا لَا يَرِيبُكَ

Makusdnya: Tinggalkanlah apa yang meragukanmu kepada apa yang tidak meragukanmu. (Riwayat al-Tirmidzi)

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 93

message user image