BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Ustaz

Saya ingin bertanya tentang penyebaran najis dan cara penyucian yang perlu saya lakukan.

Pernah suatu ketika selepas berhubungan dengan isteri, semasa ke bilik air, ada setitik air mazi/mani menitik di atas lantai (yakin dan tahu tempatnya). Selepas itu, saya lupa utk membersihkannya.

Perkara ini berlaku beberapa tahun yang lalu.

Masalah ini merumitkan ibadah yang saya lakukan. Untuk makluman ustaz, saya memakai selipar dari bilik air hingga ke sejadah. Kalau pakai seluar pun saya pastikan basuh kaki dulu dan pakai selipar supaya seluar tidak terkena pada lantai yang saya rasa ada najis hukmiyah. Begitu juga bila nak buka seluar. Saya lakukan kaedah yang sama.

Namun begitu, isteri saya tidak ambil kisah. Pergerakannya bebas tanpa memakai selipar separti yang saya lakukan.

Persoalan saya Ustaz

Adakah najis tersebar dan bagaimana saya perlu lakukan untuk menyucikan lantai tersebut.

Saya amat memerlukan jawapan penyelesaian daripada ustaz. Terima kasih banyak kerana membantu supaya saya dapat melakukan ibadah dengan lebih mudah.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan tuan, jika keluar air mani yang bercampur dengan air mazi sewaktu suami isteri sedang bersama adalah dimaafkan kerana sukar untuk dielak. Oleh itu, kesan titik air mazi/mani tersebut yang berada dilantai adalah dimaafkan dan tidak menyebabkan penyebaran najis. Namun begitu, adalah disarankan supaya dibersihkan kesan air mazi/mani tersebut dengan mengelap dan dialirkan air sekadarnya bagi menjamin kebersihan dan kesucian.  

Sehubungan itu, najis tidak tersebar ke kawasan yang lain walaupun terpijak kesan air mazi/mani dilantai. Tambahan pula, perkara tersebut telah pun berlaku beberapa tahun yang lalu dan kawasan tersebut tidak lagi bernajis dan kekal bersih lagi suci.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 55

message user image