Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum. Semasa dalam solat zohor pada rakaat ke-4, saya rasa macam tidak buat tahiyat awal. Jadi saya buat sujud sahwi.
Apabila habis solat, saya kemudian teringat semula yang saya telah buat tahiyat awal. Jadi adakah solat dikira terbatal kerana sujud sahwi?
Terima kasih.
Jawapan
Sujud sahwi sunat dilakukan jika berlaku kesalahan tertentu atau was-was dalam melaksanakan solat. Waktu melaksanakan sujud sahwi adalah selepas selesai tasyahhud akhir dan sebelum memberi salam pertama. Merujuk kepada persoalan tuan, hukum solat tersebut adalah sah.
Sekian, terima kasih.