BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalammualaikum,

Saya ingin bertanya, mengenai situasi suami saya dan adik beradik berkenaan rumah peninggalan arwah abah 

Arwah ada tinggal sebiji rumah yg kini disewakan kpd org dan sewa bulanan semua diberikan kpd mak. Mak seorg pesakit stroke,. Selain drpd itu arwah abah juga ada meninggalkan pencen dan SOCSO untuk mak,.

Jadi disini mak ada memberitahu kpd yg mak akan menjual rumah arwah abah dan nak ambil semua duit tu UTK menampung rawatan mak di pusat jagaan sebagai bayaran bulanan dan juga rawatan mak.

Boleh kah mak buat begitu? Sebab pada sebetulnya rumah itu seharusnya difaraaid kan dan ada bahagian anak2, jika anak2 setuju untuk memberi kpd mak boleh kan? Dan jika ada anak yg tidak bersetuju, adakah boleh? Maksudnya jika ada anak yg tidak setuju mak tetap X nak BG bahagian anak tersebut..

boleh bantu saya dari segi hukum dan undang2, terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Semoga sihat sentiasa. Merujuk kepada soalan yang dibangkitkan.

Rumah yang ditinggalkan oleh arwah ayah adalah harta pusaka yang mesti dibahagikan mengikut hukum faraid. Rumah itu bukan lagi milik ibu anda secara penuh, tetapi telah menjadi hak bersama semua ahli waris (anak-anak dan isteri arwah). Justeru, ibu anda tidak boleh menjual rumah tersebut tanpa persetujuan semua ahli waris kerana rumah itu bukan lagi miliknya sepenuhnya. Jika semua ahli waris bersetuju untuk memberi bahagian mereka kepada ibu (sebagai sedekah atau hadiah), ibu boleh menggunakan hasil jualan rumah tersebut untuk keperluannya. Namun, jika ada anak yang tidak bersetuju, haknya mesti dijaga, dan rumah itu tidak boleh dijual tanpa menyelesaikan bahagian mereka. Adapun menurut undang-undang pusaka di Malaysia, semua ahli waris yang sah perlu bersetuju sebelum harta pusaka boleh dijual. Jika ada yang membantah, rumah tidak boleh dijual tanpa perintah mahkamah.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 101

message user image