Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Saya nak betulkan soalan seperti berikut(dah submit tapi rasa nak tambah sikit):
Soalan yg ditambahbaik:
Nak tanya hukum seorang suami menyebut dalam hati ketika sedang solat perkataan "cerai apabila baca Fatihah" dengan maksud perbuatan membaca surah Fatihah dan bukan maksud makna ayat2 Fatihah tsbt. Adakah jatuh talaq apb Fatihah dibaca.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tersebut, situasi yang dinyatakan tidaklah menyebabkan jatuh talak memandangkan hanya menyebut dalam hati. Hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya : “Sesungguhnya Allah memaafkan (tidak dianggap berdosa) daripada umatku apa yang diucapkan di dalam hatinya selagi mana belum dilakukan atau dilafazkan” (Riwayat Muslim)
Tambahan pula, terdapat unsur gangguan semasa sedang solat. Sedangkan kita diingatkan agar solat dengan khusyuk. Firman Allah SWT dalam surah al-Mukminun ayat 1 - 3:
Maksudnya: "Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya. Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia"
Justeru, kata-kata di dalam hati tidak boleh dijatuhkan hukuman selagi tidak dizahirkan/ dilafazkan.
Sekian, terima kasih.