BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum.saya telah hafal surah Al-Mulk, Al-waqiah Dan 10ayat awal n ayat akhir Al-kahfi..saya baca setiap hari tanpa gagal..soalan saya..ketika haid boleh ke saya teruskan bacaan cth semasa pergi kerja setiap hr saya akan baca surah Al waqiah Dan Al kahfi...sebelum tido surah Al-Mulk..dah jadi amalan setiap ahri..

 

 

Saya keliru ada ahli agama yg bgth boleh baca jika niat sebagai zikir..ada yang bagitahu Haram baca mana2 surah ketika haid. Harap dapat bantu saya 

 

Terima kasih


message user image

Jawapan  

الحمد لله رب العالمين

والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, menurut jumhur fuqaha termasuk mazhab Shafi’i, secara umum haram wanita haid membaca al-Quran berdasarkan hadis daripada Ibnu ‘Umar RA, sabda Nabi SAW;

لَا يَقْرَأُ الْجُنُبُ وَلَا الْحَائِضُ شَيْئًا مِنْ القرآن

Maksudnya:Tidak dibenarkan seseorang yang berjunub dan haid membaca sesuatu daripada al-Quran. (Riwayat Ibn Majah)

Walau bagaimanapun, pengecualian diberikan sekiranya terdapat keperluan seperti wanita yang menghafal al-Quran untuk mengulangi bacaan dibimbangi hilang akan bacaannya. Begitu juga bagi mereka yang terpaksa mengambil pepereksaan hafazan al-Quran dan sebagainya.

Adapun yang dimaksudkan dengan diharuskan membaca al-Quran dengan niat berdoa atau berzikir adalah sekiranya doa atau zikir itu diambil daripada al-Quran, maka harus bagi wanita haid membacanya dengan niat berdoa atau berzikir, bukan dengan niat membaca al-Quran. Al-Khatib al-Syirbini mengatakan;

أَمَّا إذَا قَرَأَ شَيْئًا مِنْهُ لَا عَلَى قَصْدِ الْقُرْآنِ فَيَجُوزُ.

Maksudnya: Adapun jika seseorang membaca sesuatu dari al-Quran tanpa niat membaca sebagai al-Quran, maka itu dibolehkan. (Mughni Muhtaj ila Ma’rifah Ma’ani alfaz al-Minhaj 1/217)

Disarankan untuk melakukan ibadah lain seperti berselawat kepada Nabi Muhammad SAW, bertasbih, bertahmid, bertahlil dan sebagainya. Tidak membaca al-Quran dengan niat memenuhi tuntutan atau perintah Allah SWT juga dianggap sebagai suatu ketaatan dan mendapat pahala.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 49

message user image